Thursday, January 1

XSOUNDFORTHEKIDSVOL.1X


20th Disember 2014, Sabtu
Dahlama tak bercerita and membebel sorang. Harini terasa nak bercerita pasal gig aku dan kengkawan aku anjurkan. Benda ni terjadi sejak tertubuhnya komuniti muzik oleh Jiji, aku, Acap dan kengkawan yg lain. Actually macam serious tak serious je. Iyelah nak memikirkan nama group pon pening siot . Sampailah satu masa aku pon takingat entah siapa yg menamakan komuniti kitorang ni, THOSE KIDS AROUND. Mission kitaorang ni nak menaikkan scene scene muzik bawah tanah ni semula tak kira apa genre sekalipon. Kitaorang taknak ada racist sesame genre macam hardcore, metalcore, deathcore, grindcore, pop punk, dan sebagainya.

Sejak tu, kitorang mula buat page untuk komuniti kitaorang dekat facebook/twitter/Instagram untuk memperkenalkan kitaorang punya komuniti ni. Hentam buta aje bila disuruh tulis caption ape tujuan and kenape group kitaorang ni diwujudkan . Kelakar beb. Kena pulak aku dengan Jiji yg handle. 

show some support to our page okay 

Our twitter 

siap dgn pakej Instagram lagi tau . kerlassssss kan TKA ?

Ahli ahli yg terlibat dlm Those Kids Around ni melibatkan aku sendiri, Jiji, Acap, Loq, Daddy, Jabit, Pio and Mamat. So, sebagai leaderteam sememangnya Jiji lah yg bertanggungjawab. Daddy pulak lebih kepada clothing and video ataupon photography, Jabit and Acap aku tengok more to dealing dengan band band, Pio and Loq pon lebih kurang lah. Aku pulak tak berapa pentingla untuk diceritakan di sini . Mamat pulak aku sendiri takpernah bersua muka secara live. Gig pertama kitaorang hasil sumbangan ikhlas drpd ahli Those Kids Around sendiri.Walaupon tak berapa mewah tapi dah cukup untuk menampung our first show cost. Dekat sini, Daddy ada create baju untuk gig pertama kitaorang iaitu DADDY APPAREL for THOSE KIDS AROUND. Thanks daddy for the clothing walaupon size ade yg taksesuai dengan badan hehehe

Sound for The Kids Vol.1
official flyers !!

Setelah melalui banyak fasa perbincangan, gurau senda lepak makan semua,Kitaorang memilih tarikh           20hb Disember 2014 sebagai tarikh keramat Those Kids Around dan bertempat di Stopzone gighall, Larkin Idaman, JB memulakan langkah pertama. Kitaorang sepakat menamakan gig tu ‘SOUND FOR THE KIDS VOL.1’ di mana melibatkan  11 buah band iaitu ALEXANDER MANSURY, FACEDOWN, ENDZEIL, REXXAR, DIARY PAGE 22, D’FUNDER, B.C, AOT, CARTHREENA, SECRET OF DAHLIA AND COLOUR RANGERS. Band band yg perfom ni merupakan hasil pemilihan drpd kesemua ahli TKA. Macam nak gila kitaorang semua promote gig ni dekat kawan kawan, facebook, twitter semualah. Nak deal dengan band pon bukannya senang sebab kena tengok juga masa lapang diorang dengan payment yg diminta lg. Itu biasa. Nama pon show kan walaupon underground jer. Actually, gig kitaorang ni sebenany bukan ‘SOUND FOR THE KIDS VOL.1’ tapi ‘HARDCORE vs METALCORE’ yg akhirnya ditukar di atas atas sebab tertentu.


SLOT pada hari itu . 
ada sedikit perubahan selepas ada beberapa buah band takdapat nak join . hee


Orang orang kuat TKA 


selfie !!

Setelah penat lelah mempromotekan hasil kerja kitaorang, maka pada 20hb Disember 2014, hari Sabtu, terjadilah acara yg paling dinanti nantikan. Okeh, haritu aku terkena pada hari aku bekerja halfday. Aku sampai dekat Stopzone takdalah lambat mana dalam pukul 2 setengah. Dalam kepala otak ni ada memacam benda pikir. Happy, excited dan macam macam lah. Sepatutnya gig tersebut start pukul 2.30 petang.Tapi entah mcmana ada 4 band iaitu ALEXANDER MANSURY, CARTHREENA, FACEDOWN DAN SECRET OF DAHLIA takdapat menjelmakan diri di atas sebab yg takdapat dielakkan so gig tersebut bermula pukul 5 petang kalau taksilap akulah. Aku lupa. HEHE.

Masing masing tak expect lah gig pertama kitaorang ni disambut baik oleh ramai. Tiket yg dijual RM15 per head. Takdalah mahal sangatkan . Masih mampu kan kan. Risau jugak yg datang boleh dikira pakai jari. Sekali alhamdulilah lah Berjaya menarik ramai crowd.  Abang Eddie, Abang Harris and Botak drpd TFHM pon datang support and tengok camna gaya anak anak diorang ni jalankan kerja.
Sebagai pembukaan acara, kitaorang amanahkan band D’FUNDER untuk memecah suasana sunyi Stopzone. Boleh tahan jugak budak budak kecik ni main. Kesemua bandmates D’Funder ni perempuan yg datang dari Pasir Gudang. Diorang pon dengan senang hati terima pelawaan kitaorang untuk perfume on our very very first gig.  Lepas D’Funder seingat aku band dari yg dijemput khas dari Singapura iaitu B.C. Agak power jugaklah. Aku more to lepak luar sebab aku jaga tiket masuk . Aku pon tak berapa ada intention untuk masuk and layan. Kepala aku time tu dah melayang layang akibat asap rokok . HAHA. Sensitip mengada ngada sangat kan. Taksilap aku lepas B.C perfume kitaorang break untuk beri laluan kepada Magrib. So, semua turun lepak minum dan buat apa yg sepatunya dilakukan.

Next, after magrib break, gig dimulakan dengan serangan gila daripada DIARY PAGE 22 . Sebuah band dari Kuala Lumpur yg juga kenalan rapat salah seorang ahli TKA. Boleh tahan gila. Crowds pon menggila dekat dalam. Aku chill je kat luar . Haha. After DP22 aku tak ingat siapa lagi yg perfome lepastu. Aku dah hamper hilang ingatan. Argghhhhh !! Tolong !!
Fuhhhhhh, gig kitaorang habes awal dalam pukul 10 lebih macam tu. Iyelah, tinggal 7 band aje yg perfome. Cepatlah setelnya. Macam biasa, after semua perfom wajiblah ada sesi fotografi, lagi lagi lah ini gig THOSE KIDS AROUND yg pertama. Semua setel, macam biasa jugaklah, lepak mamak belakang studio. Resoran Osman lah apa lagi. Tak terpikir pulak open table sampai tutup jalan. Panjang gila. Adalah dalam 10 buah meja kalau taksilap taksempat pulak Jemah nak mengira. Pening mamak tersebut nak amek order dengan kerenah masing masing yg banyak bunyik. Sampai satu masa, mamak hantar makanan pon kena bahan dengan kitaorang. HAHA. Moment yg paling the best ever lah.

Masing masing dah penat,tapi tetap jugak lepak sampaii 1 2 pagi. Akhirnya, sedikit demi sedikit beransur pulang. Maka tamatlah SOUND FOR THE KIDS VOL. 1 untuk 20hb Disember 2014 dengan jayanya.



official tee for the gig 

afta gig harusla lepak minom together !! 

we are Those Kids Around ✌️

Thanks untuk semua yg terlibat sama ada secara langsung ataupon tidak .