20th Disember 2014, Sabtu
Dahlama
tak bercerita and membebel sorang. Harini terasa nak bercerita pasal gig aku
dan kengkawan aku anjurkan. Benda ni terjadi sejak tertubuhnya komuniti muzik
oleh Jiji, aku, Acap dan kengkawan yg lain. Actually macam serious tak serious
je. Iyelah nak memikirkan nama group pon pening siot . Sampailah satu masa aku
pon takingat entah siapa yg menamakan komuniti kitorang ni, THOSE KIDS AROUND.
Mission kitaorang ni nak menaikkan scene scene muzik bawah tanah ni semula tak
kira apa genre sekalipon. Kitaorang taknak ada racist sesame genre macam
hardcore, metalcore, deathcore, grindcore, pop punk, dan sebagainya.
Sejak
tu, kitorang mula buat page untuk komuniti kitaorang dekat
facebook/twitter/Instagram untuk memperkenalkan kitaorang punya komuniti ni.
Hentam buta aje bila disuruh tulis caption ape tujuan and kenape group
kitaorang ni diwujudkan . Kelakar beb. Kena pulak aku dengan Jiji yg
handle.
Ahli
ahli yg terlibat dlm Those Kids Around ni melibatkan aku sendiri, Jiji, Acap, Loq,
Daddy, Jabit, Pio and Mamat. So, sebagai leaderteam sememangnya Jiji lah yg
bertanggungjawab. Daddy pulak lebih kepada clothing and video ataupon
photography, Jabit and Acap aku tengok more to dealing dengan band band, Pio
and Loq pon lebih kurang lah. Aku pulak tak berapa pentingla untuk diceritakan
di sini . Mamat pulak aku sendiri takpernah bersua muka secara live. Gig
pertama kitaorang hasil sumbangan ikhlas drpd ahli Those Kids Around
sendiri.Walaupon tak berapa mewah tapi dah cukup untuk menampung our first show
cost. Dekat sini, Daddy ada create baju untuk gig pertama kitaorang iaitu DADDY
APPAREL for THOSE KIDS AROUND. Thanks daddy for the clothing walaupon size ade
yg taksesuai dengan badan hehehe
official flyers !!
Setelah
melalui banyak fasa perbincangan, gurau senda lepak makan semua,Kitaorang
memilih tarikh 20hb Disember
2014 sebagai tarikh keramat Those Kids Around dan bertempat di Stopzone
gighall, Larkin Idaman, JB memulakan langkah pertama. Kitaorang sepakat
menamakan gig tu ‘SOUND FOR THE KIDS VOL.1’ di mana melibatkan 11 buah band iaitu ALEXANDER MANSURY,
FACEDOWN, ENDZEIL, REXXAR, DIARY PAGE 22, D’FUNDER, B.C, AOT, CARTHREENA,
SECRET OF DAHLIA AND COLOUR RANGERS. Band band yg perfom ni merupakan hasil
pemilihan drpd kesemua ahli TKA. Macam nak gila kitaorang semua promote gig ni
dekat kawan kawan, facebook, twitter semualah. Nak deal dengan band pon
bukannya senang sebab kena tengok juga masa lapang diorang dengan payment yg
diminta lg. Itu biasa. Nama pon show kan walaupon underground jer. Actually,
gig kitaorang ni sebenany bukan ‘SOUND FOR THE KIDS VOL.1’ tapi ‘HARDCORE vs
METALCORE’ yg akhirnya ditukar di atas atas sebab tertentu.
ada sedikit perubahan selepas ada beberapa buah band takdapat nak join . hee
Orang orang kuat TKA
Setelah
penat lelah mempromotekan hasil kerja kitaorang, maka pada 20hb Disember 2014,
hari Sabtu, terjadilah acara yg paling dinanti nantikan. Okeh, haritu aku
terkena pada hari aku bekerja halfday. Aku sampai dekat Stopzone takdalah
lambat mana dalam pukul 2 setengah. Dalam kepala otak ni ada memacam benda
pikir. Happy, excited dan macam macam lah. Sepatutnya gig tersebut start pukul
2.30 petang.Tapi entah mcmana ada 4 band iaitu ALEXANDER MANSURY, CARTHREENA,
FACEDOWN DAN SECRET OF DAHLIA takdapat menjelmakan diri di atas sebab yg
takdapat dielakkan so gig tersebut bermula pukul 5 petang kalau taksilap
akulah. Aku lupa. HEHE.
Masing
masing tak expect lah gig pertama kitaorang ni disambut baik oleh ramai. Tiket
yg dijual RM15 per head. Takdalah mahal sangatkan . Masih mampu kan kan. Risau
jugak yg datang boleh dikira pakai jari. Sekali alhamdulilah lah Berjaya menarik
ramai crowd. Abang Eddie, Abang Harris
and Botak drpd TFHM pon datang support and tengok camna gaya anak anak diorang
ni jalankan kerja.
Sebagai
pembukaan acara, kitaorang amanahkan band D’FUNDER untuk memecah suasana sunyi
Stopzone. Boleh tahan jugak budak budak kecik ni main. Kesemua bandmates
D’Funder ni perempuan yg datang dari Pasir Gudang. Diorang pon dengan senang
hati terima pelawaan kitaorang untuk perfume on our very very first gig. Lepas D’Funder seingat aku band dari yg
dijemput khas dari Singapura iaitu B.C. Agak power jugaklah. Aku more to lepak
luar sebab aku jaga tiket masuk . Aku pon tak berapa ada intention untuk masuk
and layan. Kepala aku time tu dah melayang layang akibat asap rokok . HAHA.
Sensitip mengada ngada sangat kan. Taksilap aku lepas B.C perfume kitaorang
break untuk beri laluan kepada Magrib. So, semua turun lepak minum dan buat apa
yg sepatunya dilakukan.
Next,
after magrib break, gig dimulakan dengan serangan gila daripada DIARY PAGE 22 .
Sebuah band dari Kuala Lumpur yg juga kenalan rapat salah seorang ahli TKA.
Boleh tahan gila. Crowds pon menggila dekat dalam. Aku chill je kat luar .
Haha. After DP22 aku tak ingat siapa lagi yg perfome lepastu. Aku dah hamper
hilang ingatan. Argghhhhh !! Tolong !!
Fuhhhhhh,
gig kitaorang habes awal dalam pukul 10 lebih macam tu. Iyelah, tinggal 7 band
aje yg perfome. Cepatlah setelnya. Macam biasa, after semua perfom wajiblah ada
sesi fotografi, lagi lagi lah ini gig THOSE KIDS AROUND yg pertama. Semua
setel, macam biasa jugaklah, lepak mamak belakang studio. Resoran Osman lah apa
lagi. Tak terpikir pulak open table sampai tutup jalan. Panjang gila. Adalah
dalam 10 buah meja kalau taksilap taksempat pulak Jemah nak mengira. Pening
mamak tersebut nak amek order dengan kerenah masing masing yg banyak bunyik.
Sampai satu masa, mamak hantar makanan pon kena bahan dengan kitaorang. HAHA.
Moment yg paling the best ever lah.
Masing
masing dah penat,tapi tetap jugak lepak sampaii 1 2 pagi. Akhirnya, sedikit
demi sedikit beransur pulang. Maka tamatlah SOUND FOR THE KIDS VOL. 1 untuk
20hb Disember 2014 dengan jayanya.
Thanks
untuk semua yg terlibat sama ada secara langsung ataupon tidak .


















































